Friday, June 19, 2015

Solat Sunat Tarawih di Rumah

Assalamualaikum ..kali nie An nak kongsikan cara solat sunat tarawih yang dibuat bersendirian dirumah khususnya bagi kaum hawa yang bergelar ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil ataupun bagi kaum hawa yang tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid/surau. Orang perempuan lebih afdal solat dirumah dan pahalanya adalah lebih besar.

Cara Solat Sunat Tarawih Bersendirian diRumah

Niatnya:

       ﺃُﺻَﻠِّﻲْ ﺳُﻨَّﺔَ ﺍﻟﺘَّﺮَﺍﻭِﻳْﺢِ ﺭَﻛْﻌَﺘَﻴْﻦِ ﻟِﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

"Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Bilangan rakaat suka hati. Buatlaa yang termampu. Paling ringkas buatlaa 8 rakaat. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Apa yang wajibnya adalah surah al Fatihah, surah-surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.

Segala bacaan diluar solat seperti selawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk berselawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik dan ia tidak menjejaskan solat tarawih.


SOLAT SUNAT WITIR

Solat witir adalah solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Hukum solat Witir adalah Sunat Muakkad. Jumlah maksima solat Witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam), dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Niat Solat Witir 2 rakaat :

       ﺃُﺻَﻠِّﻲْ ﺳُﻨَّﺔَ ﺍﻟْﻮِﺗْﺮِ ﺭَﻛْﻌَﺘَﻴْﻦِ ﻟِﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

"Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Ta'ala"


Niat Solat Witir Satu rakaat :

          ﺃُﺻَﻠِّﻲْ ﺳُﻨَّﺔَ ﺍﻟْﻮِﺗْﺮِ ﺭَﻛْﻌَﺔً ﻟِﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

"Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Ta'ala"

Niat Solat Witir 3 rakaat :

           ﺃُﺻَﻠِّﻲْ ﺳُﻨَّﺔَ ﺍﻟْﻮِﺗْﺮِ ﺛَﻠَﺎﺙَ ﺭَﻛَﻌَﺎﺕٍ  ﻟِﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

"Sahaja aku solat sunat witir tiga rakaat kerana Allah Ta'ala"

Mari kita sama-sama berubah kearah yang lebih baik. Kalau tahun lepas langsung xbuat solat tarawih, tahun nie kita buat. 

Sekian sahaja dari An .. dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment