Monday, June 22, 2015

Tips : Menangani Sikap Rakan Suka Pinjam Barang Tapi Tak Reti Pulangkan Balik

Assalamualaikum .. cewahh, tajuk malam nie panjang semacam jer tu. An bukannya apa , An tau mesti ada diantara korang yang kawan-kawan suka pinjam barang tapi tak reti nak pulangkan balik kan? Buat barang kita macam harta dorang jer kan . Nak mintak segan, tak mintak kang barang kita jadi hak cipta terpelihara dorang pulak ..Serba salah jugak jadinyakan bila situasi nie terjadi. Haa , so kat sini An nak kongsikan beberapa tips bagaimana cara untuk meminta rakan-rakan korang memulangkan kembali barang yang dorang pinjam tu dengan cara berhemah dan baik ..

Jom cekidot!


  1. Memberikan sindiran halus jika rakan korang tu sengaja buat-buat lupa untuk memulangkan barang korang. Contohnya kawan korang pinjam hardisk korang dah lebih sebulan ..


          Nanti bila kau pulangkan hardisk aku, aku nak copy citer Fast and Furious 7, lepas tu kita  
          tengok sama-sama okay .. (sambil senyum semanis-manisnya). Hahaha.

     2.  Korang kena buang rasa malu dan serba salah untuk meminta kembali barang-barang korang 
          yang dipinjamkan kerana ia adalah milik korang.

          Mat, bila agaknya kau nak hantar selipar jamban aku? Kalau kau berkenan sangat nanti aku
          tolong belikan. Selipar jamban aku tu limited edition tau! Hahaha

     3.  Korang kena mintak bantuan daripada kawan korang yang lain supaya sampaikan pesanan 
          agar si peminjam memulangkan kembali barang yang dipinjam.

          Siti, aku nak pinjam novel Ani yang kau pinjam dua bulan lepas. Ani suruh mintak dengan kau.

    4.   Jika korang terlalu sayangkan barang korang dan berat hati untuk dipinjamkan, korang bedal
          jelah apa-apa alasan yang munasabah.

          Sorry laa Nurul, shawl instant Naelofar aku tu tertinggal dekat rumah mak sedara aku. Lupa
          nak amik haritu. Lain kali laa ea kau pinjam. Hee

    5.   Jika barang yang dipinjam tu tidak dipulangkan dalam tempoh yang lama, bagitau yang korang
          nak barang tersebut secepat mungkin.

    6.   Korang tetapkan tempoh berapa lama member korang boleh pinjam barang korang.

    7.   Kalau cara di atas tak berkesan, nak tak nak korang kena bagitau member korang supaya 
          pulangkan barang korang tetapi jangan sampai menimbulkan pergaduahan. Mintaklah cara
          baik.

Kalau semua tak jalan, korang cakap dengan dorang yang korang akan kenakan GST sekiranya dorang pinjam barang korang dalam tempoh yang lama. Confirm dorang gelabah. Atau mungkin tak jadi pinjam . Hehee .

Okaylah , itu sahaja tips yang An nak kongsikan untuk korang malam nie . Nak layan Running Man sat ..

   
 

Friday, June 19, 2015

Solat Sunat Tarawih di Rumah

Assalamualaikum ..kali nie An nak kongsikan cara solat sunat tarawih yang dibuat bersendirian dirumah khususnya bagi kaum hawa yang bergelar ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil ataupun bagi kaum hawa yang tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid/surau. Orang perempuan lebih afdal solat dirumah dan pahalanya adalah lebih besar.

Cara Solat Sunat Tarawih Bersendirian diRumah

Niatnya:

       ﺃُﺻَﻠِّﻲْ ﺳُﻨَّﺔَ ﺍﻟﺘَّﺮَﺍﻭِﻳْﺢِ ﺭَﻛْﻌَﺘَﻴْﻦِ ﻟِﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

"Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Bilangan rakaat suka hati. Buatlaa yang termampu. Paling ringkas buatlaa 8 rakaat. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Apa yang wajibnya adalah surah al Fatihah, surah-surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.

Segala bacaan diluar solat seperti selawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk berselawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik dan ia tidak menjejaskan solat tarawih.


SOLAT SUNAT WITIR

Solat witir adalah solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Hukum solat Witir adalah Sunat Muakkad. Jumlah maksima solat Witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam), dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Niat Solat Witir 2 rakaat :

       ﺃُﺻَﻠِّﻲْ ﺳُﻨَّﺔَ ﺍﻟْﻮِﺗْﺮِ ﺭَﻛْﻌَﺘَﻴْﻦِ ﻟِﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

"Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Ta'ala"


Niat Solat Witir Satu rakaat :

          ﺃُﺻَﻠِّﻲْ ﺳُﻨَّﺔَ ﺍﻟْﻮِﺗْﺮِ ﺭَﻛْﻌَﺔً ﻟِﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

"Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Ta'ala"

Niat Solat Witir 3 rakaat :

           ﺃُﺻَﻠِّﻲْ ﺳُﻨَّﺔَ ﺍﻟْﻮِﺗْﺮِ ﺛَﻠَﺎﺙَ ﺭَﻛَﻌَﺎﺕٍ  ﻟِﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

"Sahaja aku solat sunat witir tiga rakaat kerana Allah Ta'ala"

Mari kita sama-sama berubah kearah yang lebih baik. Kalau tahun lepas langsung xbuat solat tarawih, tahun nie kita buat. 

Sekian sahaja dari An .. dan selamat beramal.

Sunday, June 14, 2015

Review : Nurraysa Beauty Skincare (1)

Assalamualaikum semua .. haa dah lama tak update blog. Dah bersarang blog nie agaknya ya . Maklumlaa An bz dengan final exam yg dh pun berakhir pd 5/6 baru-baru ini tapi baru sekarang reti nak update blog . Hee. Sebenarnya tak ada apa yang hendak dikongsikan . Ye ke xde? Sebenarnya banyak sangat yg nak dikongsikan tetapi kalau dh namanya malas , semua bnda pun xjalan .

Okay laa, tak nak membebel panjang-panjang. Just straight to the point je laa ya. Malam nie, An rasa nak buat review untuk skincare . Tengok org lain buat review, nak jugak try buat. Haha. Ini adalah first time An buat review. Terasa ingin berkongsi dengan anda semua apa yang An pakai, apa yang An consume .. cewahh bajet retis ye kau bedah!

Pernah dengar produk Nurraysa Beauty Skincare? Pernah?? Tak pernah ?? Haa , sebenarnya An pun tak pernah dengar nama produk nie . Tahun 2015, bulan 5 lepas baru An tau wujudnya produk Nurraysa Beauty Skincare (NBS) nie. Maklumlah sekarang nie lambakan produk-produk yang dikeluarkan tak kira international product or local product banyak sangat terutamanya melalui e-commerce nie sampai dah rambang mata nak pilih produk apa terutamanya sekarang nie ramai yang nak putih gebu gebas macam retis Korea . Hee.

Sebenarnya, An baru jer order NBS nie. Baru hari nie sampai parcel tu. Hahaha. Bila parcel dah dapat, tak sabar dah nak guna produk baru. Tak dinafikan yang An nie salah sorang pengguna yang tidak setia. Kekeke . Dah bermacam dan pelbagai produk yang An guna. Maklumalah dh namanya perempuan kan, semua benda nak cuba tapi alhamdulillah sepanjang tukar-tukar produk, An tidak mengalami masalah kulit seperti tumbuh jerawat-jerawat batu apa semua tu sekadar jerawat biasa-biasa tu adalah .. teringin nak cuba produk NBS nie sebab dah tersangkut dengan testimoni-testimoni yang dipamerkan oleh peniaga-peniaga nie. Tapi An tak mudah tersangkut begitu jer. Macam mana sekalipun, An akan buat research dlu tentang sesuatu produk tersebut. First sekali tengok bahan-bahan yg digunakan.. ada tak mercury, hydroquinone, paraben semua tu.. second, An akan tengok sama ada produk tersebut ada kelulusan KKM tak ..third, An akan buat survey pasal pengguna yang menggunakan produk tersebut sama ada dapat positive or negative feedback.

Alhamdulillah sepanjang buat research mengenai produk NBS nie, semuanya mengikut piawaian yang telah ditetapkan..cewahhh. Tambahan pula, NBS nie adalah produk keluaran Malaysia. Jadi,sokonglah buatan Malaysia. Kalau bukan kita yang menyokong, siapa lagi kan..NBS juga mendapat kelulusan daripada KKM which is product nie selamat digunakan. Yang menariknya, NBS nie bebas daripada bahan-bahan kimia. Lagi menarik bahan yang digunakan adalah seperti susu kambing, extract virgin olive oil, pure marine collagen dan herba. 

Gambar ihsan daripada Google :D


Tak boleh nak komen panjang-panjang lagi mengenai NBS nie sebab baru jer apply NBS nie. Tapi, masa guna Nurraysa Collagen Soap tu, terasa muka nie fuhhh bersih .. sangat-sangat bersih. Baunya pun wangi ..An akan buat review lain lepas guna NBS nie dalam seminggu lagi.. nak tengok ada perubahan ke tidak. Sebenarnya, An bukan lah mengharapkan dapat putih gebu gebas sangat, yang An harapkan sangat agar ruam-ruam or parut-parut kecil disebabkan jerawat-jerawat biasa yg pernah timbul terutamanya dikawasan hidung dapat dihilangkan. Kawasan hidung An nie memang sangat sensitif..so, mana-mana produk yang dapat hilangkan masalah yang An hadapi , produk tu dikira hebat lah., Hee.

Okaylaa , sampai disini sahajalah penulisan An untuk kali nie. An tau korang mesti fedap baca entry pepanjang macam nie. Sape laa nak baca karangan kau nie bedah!!


p/s : lepas An guna NBS nie dalam masa seminggu, An akan update ada ke tak peubahan yg An alami. Hee.