Monday, April 4, 2016

FAQ (UNIKLBIS)

Assalamualaikum .. first sekali An nak minta maaf banyak2 terutamanya pada adik-adik yang tak putus-putus tanya An pasal UniKl nie.. Untuk pengetahuan adik-adik, An jarang sangat bukak blog disebabkan terlalu busy..Jadi, entry kali nie An nak jawab semua soalan yang pernah ditanya tapi tidak dijawab(bukan sengaja)..harapnya dapat membantu.

FAQ

Q:Unikl (Bis) ada menyediakan penginapan asrama/kolej tak?

A:Sekarang An tak tahu asrama Ubis nie masih ditempatkan di Jalan Tandok ataupun tak sebabnya asrama di sana milik sepenuhnya Unikl MIIT. Tapi pelajar baru ada ditempatkan di kondo Zeta Park (kalau xsilap sis) milik Ubis. Ada juga pelajar baru yang stay dekat MMC di Jalan Semarak (nie asrama yang sis duduk sekarang) dan ada juga yang stay di PV dekat gn Taman Melati. 

Q:Jauh tak asrama/kolej dengan kampus?

A:Utk pelajar yang mengambil jurusan akaun yang sekarang dipindahkan di Gurney Mall dekat Jalan Dato Keramat, jika anda stay di MMC ia mengambil masa (15 min utk yang xde transport dan 10 min yang ada transport). Jika anda stay di PV (20 min utk yang naik lrt). Utk yang stay di Zeta Park, sis xsure berapa lama tapi agak jauh dengan kampus (ada bas Unikl). Utk jurusan lain lebih kurang sama cuma bagi yang stay dekat MMC, anda boleh naik bas rapid kl 220 utk ke kampus (7-10 min)..

Q:Berapa tahun degree diUnikl?

A:Bergantung pada kos adik-adik. Jika anda kos akaun (3 tahun utk lepasan diploma, 4 tahun utk lepasan STPM, Matrikulasi dan Foundation). 

Q:Apa itu transfer credit?

A: Transfer credit hanya utk lepasan diploma sahaja dimana subjek-subjek yang sudah diambil ketika diploma akan dikecualikan tapi tak semua subjek dikecualikan.

Q:Saya dapat kos bla bla bla tapi saya nak tukar kos bla bla bla.

A:Kena berhubung dengan pihak atasan. Sebaiknya call dulu tanya macam mana. Then, ikut apa yang telah diberitahu.

Q:Station monorel yang paling dekat dengan Unikl 

A:Station monorel di Chow Kit.

Q:Saya tak faham mengenai short sem. Ada syarat tak nak ambil short sem?

A:Setahu sis,syarat utk ambil short sem adalah 9 mata jam kredit(max). Selain dpd tu xde syarat lain cuma bergantung pada pihak atasan samada buka ataupun tak short sem tu.

 *Utk pertanyaan mara, sis xboleh beritahu sembarangan sebab ia melibatkan pinjaman. Jadi lebih baik bertanya terus pada pihak unikl.

Jadi, inilah beberapa soalan yang kerap ditanya oleh adik-adik. Sekiranya adik-adik ada sebarang pertanyaan , drop your comment dekat box tu ya ..