Saturday, January 24, 2015

Mari Belajar Bahasa Korea Part 1

안녕하세요..(Annyeonghaseyo)

Ada sape-II minat nak belajar bahasa Korea tak? Hari ini Ms.Angel baik hati nak kongsi serba sedikit ilmu yang Ms.Angel tau laa. Mungkin berguna bagi mereka-II yang berusaha atau berminat nak belajar bahasa Korea nie. Well, as all of us know, kes budak-II perempuan yang kena peluk dengan B1A4 tu kecoh tempoh hari, mungkin ramai dah pandang serong or beransur-II dah tak minat dengan K-pop nie. Apapun, itu hak anda tapi bagi mereka yang still interested dengan k-pop nie, inilah masanya untuk anda belajar bahasa Korea. Ok, let's start our class now..

Sebelum tu, anda semua kena tahu laa Korean alphabat nie macam mana ghupenya..Dorang punya alphabat atau kita panggil tulisan Hangul sangat-sangat mudah. Lebih mudah daripada tulisan Cina. Nie pendapat Ms.Angel laa. Tak tahu laa kalau anda rasa tulisan Cina lebih mudah.

Okay, memula kita start dengan huruf vowel. Jangan ingat kita je yang ada huruf vowel, dorang pun ada tau. Kita punya huruf vowel ada 5 kan (a,e,i,o,u) tapi dorang ada 10 huruf vowel (a,ya,eo,yeo,o,yo,u,yu,eu,i). Tapi dorang bukan tulis 'a' tu mcm kita. Dorang ada style dorang sendiri. 

ㅏ(a), ㅑ(ya), ㅓ(eo), ㅕ(yeo), ㅗ(o), ㅛ(yo), ㅜ(u), ㅠ(yu), ㅡ(eu), ㅣ(i)

Perasan tak huruf hangul ya, yeo, yo dan yu tu sebenarnya sama dengan a,eo,o dan u? Samakan cuma perlu tambah benda alah nie jer 'ㅡ'. 'ㅡ' nie umpama penambahan huruf y laa. 
For example ㅏ+ㅡ =ㅑ(ya). Faham ke tidak? Harap-II faham laa ya. Jangan tertukar 'ㅡ'(y) dengan ㅡ (eu) sudahlaa. Ms.Angel cuma bagi example guna ㅡ sb kalau nak guna '-' kecik sangat.
10 huruf vowel tu baru basic vowel dia tau. Ada lagi 11 huruf vowel yang kita panggil combined vowel.

Untuk combined vowel, Ms.Angel akan list kan kat bawah nie.

ㅔ(e),ㅐ(ae),ㅖ(ye),ㅒ(yae),ㅘ(wa),ㅝ(weo),ㅟ(wi),ㅢ(eui),ㅙ(wae),ㅞ(we)

Combined vowel nie sama je dengan basic vowel. Maksudnya kalau tambah 'ㅡ' nie umpama penambahan huruf y didepan vowel tu.
For example, ㅐ+ㅡ=ㅒ(yae). Faham kan?

Bagaimana pula dengan huruf konsonan? Haaa, Korean konsonan ada 14 huruf ditambah 5 huruf konsonan yang dipanggil double consonant. Macam mana pula tu? Haaa, cekidot!

ㄱ(k/g),ㄴ(n),ㄷ(d/t),ㅁ(m),ㅂ(b/p), ㅅ(s/c),ㅇ(ng),ㅈ(c/j),ㅊ(ch),ㅋ(kh),ㅌ(th),ㅍ(ph),ㅎ(h),ㄹ(l/r)----> basic consonant

ㄲ(k'),ㄸ(t'),ㅃ(p'),ㅆ(s'),ㅉ(c')-----> double consonant

Huruf-II konsonan diatas juga adalah Beginning Consonant. Macam mana pulak tu? Haaa, sabar..yang itu kita belajar di Part 2 ya. Untuk part 1 nie, anda hanya perlu tahu vowel and consonant first. Sampai disini sahaja laa dulu kelas kita hari ini. Bai. Ppyong!

Note: Korea alphabat tidak ada huruf-II tertentu. Contoh huruf f,q,v,w,x dan z. Huruf f diganti dengan huruf p, huruf v diganti dengan huruf p/b manakala huruf q,w dan x tidak ada huruf tersendiri dalam Korean alphabat dan huruf z diganti dengan huruf j.

Friday, January 23, 2015

Reincarnation

Assalamualaikum, hai.. first and foremost, Angel want to tell you something. This is Angel's second blog. Blog Angel yang lama entah hilang kat mana xtaulah. Well, Angel memaaangggg lama gilaa xupdate story or any articles or information kt blog lama. Maybe sbb tu blog tu disappeared. Merajuk kot. Agak sedih jugak sb followers Angel hilang, story mory Angel yang dulu-II pun hilang. Well, dulu Angel bahasakan diri Angel ni Sis tapi for the second blog nie, nama Angel digunakan untuk bahasakan diriku ini. Nak tau sb apa nama Angel dipilih? Sila tengok di about me ya :) 

Tengok tajuk post macam tak boleh blah kan? Haha .. reincarnation maksudnya kelahiran semula. Means that blog nie dilahirkan semula lepas blog lama tu hilang. Well, malas nak cerita pasal blog lama hilang. Nanti menangis pulakkk.. buat blog simple-II je sb malas nak godek-godek code plus settings blog dh berubah. Tak berapa nak reti guna yang baru nie.


Kalau ikutkan hati malas dah nk buat blog baru tapi sebab Angel cintakan dunia penulisan jadi nak stop berblogging tu mungkin kena fikir dua ratus kali kot. 


Tapi mungkin Angel akan hiatus kembali sebab beberapa hari lagi Angel akan mendaftarkan diri di UniKL. Sebenarnya teragak-II jugak laa nak masuk UniKL nie tapi apakan daya, UiTM tidak menerima anak asuhannya ini. Even anak asuhannya nie buat rayuan still xdapat sambung degree kt UiTM. Berapa bulan Angel tanam anggur kat rumah. Tanam punya tanam tapi still xdapat hasilnya. Kekeke.


Before Angel apply admission di UniKL nie, Angel dapat offer daripada UniMap. Yeayy, happyyy kemain tapi course yang Angel dpt kat sana pulak yg mcm tak kena. Alahai, niat di hati nk sambung degree in Accounting tp dpt course International Business pulak. So, Angel pun terpaksalah apply UniKL. Tunggu punya tunggu result direlease, last-II dapat course yg sama mcm kt UniMap. Lahai, kalau tau cmni, better pergi UniMap. So, Angel decide nak call En.Idris. En.Idris nie Angel xtaulah position dia kat UniKL nie apa. Dapat tau pasal En.Idris nie pun drpd mak sedara je. Kebetulan En.Idris bagi ceramah kt students kt sekolah mak sedara Angel.


En.Idris yang tolong adjust course Angel. So, finally I got what I want but in a meantime, I hope I will get to study in UiTM again for second intake.. 체발(please..). So, apa-II information pasal UniKL nie, I will update as soon as possible. Untuk rujukan pada kawan-II yang dh terniat or baru niat nak study kat UniKL nie. Sampai sini sajalah pembukaan entry hari nie. Malas nak menaip sebenarnya. Hoho..