Saturday, January 24, 2015

Mari Belajar Bahasa Korea Part 1

안녕하세요..(Annyeonghaseyo)

Ada sape-II minat nak belajar bahasa Korea tak? Hari ini Ms.Angel baik hati nak kongsi serba sedikit ilmu yang Ms.Angel tau laa. Mungkin berguna bagi mereka-II yang berusaha atau berminat nak belajar bahasa Korea nie. Well, as all of us know, kes budak-II perempuan yang kena peluk dengan B1A4 tu kecoh tempoh hari, mungkin ramai dah pandang serong or beransur-II dah tak minat dengan K-pop nie. Apapun, itu hak anda tapi bagi mereka yang still interested dengan k-pop nie, inilah masanya untuk anda belajar bahasa Korea. Ok, let's start our class now..

Sebelum tu, anda semua kena tahu laa Korean alphabat nie macam mana ghupenya..Dorang punya alphabat atau kita panggil tulisan Hangul sangat-sangat mudah. Lebih mudah daripada tulisan Cina. Nie pendapat Ms.Angel laa. Tak tahu laa kalau anda rasa tulisan Cina lebih mudah.

Okay, memula kita start dengan huruf vowel. Jangan ingat kita je yang ada huruf vowel, dorang pun ada tau. Kita punya huruf vowel ada 5 kan (a,e,i,o,u) tapi dorang ada 10 huruf vowel (a,ya,eo,yeo,o,yo,u,yu,eu,i). Tapi dorang bukan tulis 'a' tu mcm kita. Dorang ada style dorang sendiri. 

ㅏ(a), ㅑ(ya), ㅓ(eo), ㅕ(yeo), ㅗ(o), ㅛ(yo), ㅜ(u), ㅠ(yu), ㅡ(eu), ㅣ(i)

Perasan tak huruf hangul ya, yeo, yo dan yu tu sebenarnya sama dengan a,eo,o dan u? Samakan cuma perlu tambah benda alah nie jer 'ㅡ'. 'ㅡ' nie umpama penambahan huruf y laa. 
For example ㅏ+ㅡ =ㅑ(ya). Faham ke tidak? Harap-II faham laa ya. Jangan tertukar 'ㅡ'(y) dengan ㅡ (eu) sudahlaa. Ms.Angel cuma bagi example guna ㅡ sb kalau nak guna '-' kecik sangat.
10 huruf vowel tu baru basic vowel dia tau. Ada lagi 11 huruf vowel yang kita panggil combined vowel.

Untuk combined vowel, Ms.Angel akan list kan kat bawah nie.

ㅔ(e),ㅐ(ae),ㅖ(ye),ㅒ(yae),ㅘ(wa),ㅝ(weo),ㅟ(wi),ㅢ(eui),ㅙ(wae),ㅞ(we)

Combined vowel nie sama je dengan basic vowel. Maksudnya kalau tambah 'ㅡ' nie umpama penambahan huruf y didepan vowel tu.
For example, ㅐ+ㅡ=ㅒ(yae). Faham kan?

Bagaimana pula dengan huruf konsonan? Haaa, Korean konsonan ada 14 huruf ditambah 5 huruf konsonan yang dipanggil double consonant. Macam mana pula tu? Haaa, cekidot!

ㄱ(k/g),ㄴ(n),ㄷ(d/t),ㅁ(m),ㅂ(b/p), ㅅ(s/c),ㅇ(ng),ㅈ(c/j),ㅊ(ch),ㅋ(kh),ㅌ(th),ㅍ(ph),ㅎ(h),ㄹ(l/r)----> basic consonant

ㄲ(k'),ㄸ(t'),ㅃ(p'),ㅆ(s'),ㅉ(c')-----> double consonant

Huruf-II konsonan diatas juga adalah Beginning Consonant. Macam mana pulak tu? Haaa, sabar..yang itu kita belajar di Part 2 ya. Untuk part 1 nie, anda hanya perlu tahu vowel and consonant first. Sampai disini sahaja laa dulu kelas kita hari ini. Bai. Ppyong!

Note: Korea alphabat tidak ada huruf-II tertentu. Contoh huruf f,q,v,w,x dan z. Huruf f diganti dengan huruf p, huruf v diganti dengan huruf p/b manakala huruf q,w dan x tidak ada huruf tersendiri dalam Korean alphabat dan huruf z diganti dengan huruf j.

No comments:

Post a Comment