Tuesday, February 10, 2015

Vocab of the Week (1)

안녕하세요.. 

Haaa, kali nie Ms.Angel ada buka segmen baru tau. Cewah..poyo je kan.. Bukan apa, alang-II korang dh belajar bahasa Korea nie, ada laa elok juga korang tau words Korean nie daripada korang tak tau apa-II. Bagi peminat Korea yang selalu tengok drama ke, layan variety shows ke, tengok music video ke, korang mesti pernah cuba ikut apa yang dorang cakap. Korang sebut apa yang korang dengar kan? So, sebutan salah ke dh tak kisah, janji bunyinya sama.. kan? Paling basic laa yang korang tau adalah Annyeonghaseyo kan? Even non-kpopers pun tau perkataan nie. So, untuk vocab minggu ini mengenai sekolah. Cekidot!



Sekolah- 학교 (Hakgyo)
Bilik darjah- 교실 (Gyushil)
Murid- 학생 (Haksaeng)
Guru- 선생님 (Seonsaengnim)
Meja- 책상 (Chaeksang)
Kerusi- 의자 (Euija)
Papan hitam- 칠판 (Chilpan)
Buku- 책 (Chaek)
Beg sekolah- 책 가방 (Chaek gabang)
Kertas- 종이 (Jongi)
Pengetua- 원금 (Wengeum)
Pejabat- 사무실 (Samushil)
Perpustakaan- 도석관 (Doseokwan)
Tandas- 화장실 (Hwajangshil)
Peperiksaan- 시험 (Shiheom)
Matematik- 수학 (Suhak)
Sains- 과학 (Gwahak)
English- 영어 (Yeongeo)
Homework- 숙제 (Sukje)
Lab- 랩 (Laeb)
Pensil- 연필 (Yeonpil)
Pemadam- 지우개 (Jiwoogae)
Kalkulator- 계산기 (Gyesangi)
Pen- 펜(Pen)

Rasanya itu sajalah vocab mengenai sekolah. Kalau ada tertinggal tu and korang nak tau, don't hesitate to ask me okay. Ms.Angel dah tak boleh fikir apa lagi yang ada kat sekolah. So far, itu saja yang Ms.Angel tau. Kekeke. Bai. Ppyong!


Tuesday, February 3, 2015

Mari Belajar Bahasa Korea Part 2

안넝하세요 (Annyeonghaseyo) !!

Hari nie Ms.Angel nak ajar korang Ending Consonant. Kalau sebelum nie, Ms.Angel ada post pasal alphabat-II Korea or Hangul dan beginning consonant, kali nie Ms.Angel nak ajar korang pasal Ending Consonant pulak. Ok, sila ambil pen, kertas or apa saja stationery yang korang perlukan sebab kelas kita dah nak mula dah..

Korang still ingat tak berapa huruf vowel dorang? Berapa combine vowel dorang? Kalau masih ingat baguslah. Kalau dah tak ingat, sila tengok post sebelum nie ya.

Okay untuk ending consonant nie mungkin korang akan sedikit keliru dan pening laa. Let me give an example first so that you can see it clearly.

ㄱ(g/k), ㅋ(kh), ㄲ(k')(diakhir huruf ini akn menjadi huruf k) ---> huruf-II ini apabila berada dipengakhiran syllable, nilai character nya sama. Faham tak? Tak faham?? Ok, ini contoh berikutnya :


Still tak faham lagi? Okay, here another example. 

ㄷ(d), ㅌ(t), ㅅ(s), ㅆ(s'), ㅈ(j), ㅊ(ch), ㅎ(h)(diakhir huruf ini akn menjadi huruf t) seperti yang sedia maklum, huruf-II ini adalah berbeza pada permulaan huruf tetapi apabila salah satu huruf diatas ini berada diakhir kata, nilainya sama iaitu ia akan menjadi huruf 't'. Seperti dalam contoh kotak di atas, perkataan ini disebut sebagai 'gaeuk' manakala perkataan 엌 ini disebut 'eoeuk'. Perasan tak Ms.Angel bold huruf euk? Itu maknanya, nilai character mereka sama. Kalau ikut logik sepatutnya 각 bunyinya gak dan 엌 bunyinya eokh tetapi bunyi mereka euk apabila berada diakhir kata.

ㄹ(l) huruf ini menjadi huruf l apabila berada diakhir kata. Tetapi apabila huruf ini berada dipermulaan, ia akan menjadi huruf r/l. Sekiranya berada diakhir huruf, ia akan menjadi huruf l. Seterusnya huruf ㅁ(m). Huruf ini apabila berada diakhir kata, tetap menjadi huruf m. Huruf ㅂ/ㅍ(b/p) pula akan menjadi huruf p' dan huruf apabila berada diakhir kata akan berbunyi ng tetapi pada permulaan kata, ia disilentkan.

Tambahan nota, korang perlu tahu bagaimana cara yang sebetulnya untuk menulis hangul ini. Tulisan dorang bukan sebijik-II macam kita. Contohnya :



Okaylah, Ms.Angel rasa sampai disini sahajalah dulu kelas kita hari ini. Harap-II explanation yg Ms.Angel kasi nie korang faham laa ea. Bai. Ppyong! 

Feet note : Semua ending consonant yang Ms.Angel bagi tu adalah ending consonant yang bunyinya dan sebutannya sama.

Sunday, February 1, 2015

Perjalananku di UBIS (University of Business School di UniKL)

Assalamualaikum.. 

Awal-II Angel ada post kan pasal Angel sambung degree kat UniKL. So, Angel nak cerita laa serba sedikit mengenai UniKL ni especially UBIS. UBIS nie long form dia University of Business School. So, sesape yang nak amik course yang berkaitan dengan business study boleh sambung kat sini. Course yang terdapat di sini adalah seperti berikut :


  • Bachelor in Accounting(Hons)
  • Bachelor in Islamic Finance
  • Bachelor in Management Entrepreneurship 
  • Bachelor in Marketing
  • Bachelor in Economics  
  • Bachelor in International Business 
Angel amik course Bachelor in Accounting (Hons) intake January 2015 batch 9. Daftar pada 25 Januari 2015. Sekarang nie Angel ada kat rumah di Kelantan sebab kat KL sekarang cuti wilayah dan Thaipusam. Kalau dikutkan, kelas bermula hari Rabu nie. Tetapi disebabkan Angel tak ada kelas pada hari Rabu dan Khamis, jadi boleh laa bersenang kat rumah nie dulu. Hee. 

Nak dijadikan cerita, Angel baru habis sesi orientasi. Orientasi dia 3 hari je. 2 hari lagi tu kena hantar segala dokumen pendaftaran dan transfer credit tu. Orientasi kali nie diadakan di UM tau. FYI, UBIS nie dia xde bangunan dia sendiri tau. Kitorang nie menumpang di Bangunan Yayasan Selangor. Haaa, kat situ laa tempat kitorang belajar nanti sementara menunggu bangunan kitorang siap. Saya ulang ye, SEMENTARA MENUNGGU BANGUNAN KITORANG SIAP. Maksudnya, UBIS akan ada bangunan sendiri. Yeayy, dah tak payah menumpang dah.

First, Angel nak cerita pasal orientasi laa. Orientasi dorang okaylaa. Xde ragging-II nie, Fun jer and yang penting diberi makanan yang sedap-II.  OC semuanya baik-II jer. Tapi satu jer yang tak suka. Kitorang still kena bangun awal pagi.Huhu. Sebelum tu, OC tu apa pulak? Biasanya kita dengar fasi je kan? Haaa, OC tu macam fasi laa tapi kat UBIS nie dia panggil OC stands for Orientation Committee. Sebelum terlupa, Angel nak bagitau yang intake kali ini adalah paling teramai studentnya. Maknanya, UBIS nie sudah dikenali dan diterima ramai berbanding di UniKL lain. Plus, UniKL nie ada 12 tau. Kalau nak tau jenis-II UniKL nie, sila google-II laa yer. Hee.

Second, Angel nak cerita pasal roommate. First day, Angel ditempatkan di asrama dekat dengan Jalan Tandok. Asrama dia quite okay laa. Angel duduk di level 7 which is the highest level but no worries, we still can use lift if taknak panjat tangga. Angel dapat bilik 719. Satu bilik ada 4 orang. Tapi ada setengah bilik tu kena duduk 3 or 5 orang. Alhamdulillah, Angel dapat roommate yang baik-II. Semuanya datang daripada negeri yang berlainan. Ada yang dari Johor, Perak, Selangor dan Kelantan. Kelantan tu tak lain tak bukan itu adalah Angel sendiri. Hohoho. Tapi kebahagiaan kitorang hanya sementara saja selepas mendapat perkhabaran semua penghuni di level 7 dikehendaki menukar asrama di Taman Melati which is near dengan kampus. Masa tu sedih yang teramat sangat sebab banyak dengar daripada kawan-II yang stay kat asrama di Taman Melati nie complaint pasal asrama. Katanya buruk dan facilities nya kurang. Satu bilik dua orang. Jadi, kitorang terpaksa berpecah sebab biro-II kediaman nie dah tetapkan bilik masing-II. Angel dah bahagia duduk dengan roommate 719 dan sekarang kitorang kena tukar roommate pulak. Kebetulan semua roommate 719 tu amik course yang sama dengan Angel. Takpela mungkin ada hikmahnya. Antara hikmah yang Angel nampak sekarang adalah dekat dengan kampus tapi Angel tak explore lagi jalan-jalan yang patut dilalu untuk ke kelas. Yang nampak hikmahnya sekarang, mudah dapat public transport seperti taxi, bus and lrt. Jadi, nak balik umah ke nak g jenjalan ke senang sebab dekat jugak dengan KLCC.

Third, Angel nak cerita pasal pinjaman MARA dan transfer credit. Yang Mara nie seeloknya kena dengar sendiri daripada orang yang bertanggungjawab mengendalikan pasal pinjaman nie. Cuma Angel nak bagitau serba sedikit laa apa yang perlu ada untuk memohon MARA nie. First of all, korang kena isi EDULOAN. Eduloan nie macam dia nak suruh kita isi maklumat mengenai diri kita laa. Lepas tu, korang kena ada dokumen-II yang dorang nak. Contohnya surat tawaran MARA, Buku perjanjian pinjaman pelajaran MARA yang telah dimatikan setem + surat iringan yg lengkap diisi dan korang kena ada borang dan panduan mengisi tawaran pinjaman pelajaran MARA. Korang akan dapat benda nie masa orientasi tu. Orang yang bertanggungjawab mengenai pinjaman MARA di UBIS nie adalah Pn.Ida Nadiana. Seterusnya nak bercerita pasal transfer credit pulak. Transfer credit hanya dibenarkan oleh mereka yang ada diploma sahaja. So, sesiapa lepasan daripada STPM, Foundation or Matrik tidak dibenarkan membuat transfer credit. Maknanya mereka-II nie kena start daripada semester 1 dan yang diploma pula akan start daripada semester 3. Disebabkan Angel nie pemegang diploma, jadi Angel dapat transfer credit tu. Dorang dah siap-II transfer kreditkan untuk kita, aturkan jadual kelas kita. So, tak payah pening-II nak fikir. Cuma, kalau korang ada masalah, korang kena jumpa laa korang punya advisor tu. Tapi yang tak bestnya, ada sesetengah subjek tu korang kelas tak sama tau. Contohnya untuk subjek A korang group xxxA, untuk subjek B korang group xxxB. Macam Angel semua subjek kelas yang sama cuma satu subjek jer kelas yang berbeza. Jadi, korang tak de harapan laa nak bersama dengan best friend korang. Kena pandai-II cari kawan kat setiap kelas yang berlainan tu. Tapi ada bagusnya jugak. Tak laa kita asyik stick dengan kawan tu jer. Tapi korang tau laa kan, nak start berkawan tu susah kalau dorang dah ada kawan-II yang sekelas sekali.

Dah penat menaip pepanjang nie. Apapun, if korang ada any inquiries pasal UBIS nie, korang boleh tanya Angel laa. Angel akan bantu serba sedikit yang Angel tau. Kalau nak jawapan yang memuasakan, korang pergi jer website UniKL Business School and cari contact-II yang tertera untuk menanyakan soalan. So, sampai disini sahajalah posting kali ini. Kalau ada apa-II perkembangan Angel akan cuba update. 

Feet Note : Subjek Mandarin wajib diambil untuk course Bachelor in Accounting. Tak boleh pilih-II dan jangan lupa buat karangan perihal diri untuk pinjaman MARA. Itu adalah salah satu syarat yang dia nak.

Edit : Bukan Taman Melati tapi Taman Melawati .Sila klik disini utk mengetahui lebih lanjut.