Okay laa, tak nak membebel panjang-panjang. Just straight to the point je laa ya. Malam nie, An rasa nak buat review untuk skincare . Tengok org lain buat review, nak jugak try buat. Haha. Ini adalah first time An buat review. Terasa ingin berkongsi dengan anda semua apa yang An pakai, apa yang An consume .. cewahh bajet retis ye kau bedah!
Pernah dengar produk Nurraysa Beauty Skincare? Pernah?? Tak pernah ?? Haa , sebenarnya An pun tak pernah dengar nama produk nie . Tahun 2015, bulan 5 lepas baru An tau wujudnya produk Nurraysa Beauty Skincare (NBS) nie. Maklumlah sekarang nie lambakan produk-produk yang dikeluarkan tak kira international product or local product banyak sangat terutamanya melalui e-commerce nie sampai dah rambang mata nak pilih produk apa terutamanya sekarang nie ramai yang nak putih gebu gebas macam retis Korea . Hee.
Sebenarnya, An baru jer order NBS nie. Baru hari nie sampai parcel tu. Hahaha. Bila parcel dah dapat, tak sabar dah nak guna produk baru. Tak dinafikan yang An nie salah sorang pengguna yang tidak setia. Kekeke . Dah bermacam dan pelbagai produk yang An guna. Maklumalah dh namanya perempuan kan, semua benda nak cuba tapi alhamdulillah sepanjang tukar-tukar produk, An tidak mengalami masalah kulit seperti tumbuh jerawat-jerawat batu apa semua tu sekadar jerawat biasa-biasa tu adalah .. teringin nak cuba produk NBS nie sebab dah tersangkut dengan testimoni-testimoni yang dipamerkan oleh peniaga-peniaga nie. Tapi An tak mudah tersangkut begitu jer. Macam mana sekalipun, An akan buat research dlu tentang sesuatu produk tersebut. First sekali tengok bahan-bahan yg digunakan.. ada tak mercury, hydroquinone, paraben semua tu.. second, An akan tengok sama ada produk tersebut ada kelulusan KKM tak ..third, An akan buat survey pasal pengguna yang menggunakan produk tersebut sama ada dapat positive or negative feedback.
Alhamdulillah sepanjang buat research mengenai produk NBS nie, semuanya mengikut piawaian yang telah ditetapkan..cewahhh. Tambahan pula, NBS nie adalah produk keluaran Malaysia. Jadi,sokonglah buatan Malaysia. Kalau bukan kita yang menyokong, siapa lagi kan..NBS juga mendapat kelulusan daripada KKM which is product nie selamat digunakan. Yang menariknya, NBS nie bebas daripada bahan-bahan kimia. Lagi menarik bahan yang digunakan adalah seperti susu kambing, extract virgin olive oil, pure marine collagen dan herba.

Gambar ihsan daripada Google :D
Okaylaa , sampai disini sahajalah penulisan An untuk kali nie. An tau korang mesti fedap baca entry pepanjang macam nie. Sape laa nak baca karangan kau nie bedah!!
p/s : lepas An guna NBS nie dalam masa seminggu, An akan update ada ke tak peubahan yg An alami. Hee.
Hye...sis mne update review skincare raysa ni ok ke tak
ReplyDeletehehee .. disebabkan bz memanjang jd xteringat nk update psl NBS nie . produk nie ok je cuma sis nie kerap tukar produk , jd produk nie sis xguna smpai habis pn .. huhuhu
Deletehehee .. disebabkan bz memanjang jd xteringat nk update psl NBS nie . produk nie ok je cuma sis nie kerap tukar produk , jd produk nie sis xguna smpai habis pn .. huhuhu
DeleteHye...sis mne update review skincare raysa ni ok ke tak
ReplyDelete